Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Ja'far Subhani dalam kuliah tafsirnya berkata, "Rasikhun fil 'ilm ialah para imam yang suci sementara lafaz yang menjadi pilihan bagi kita hanyalah menunjukkan zahir subjek."
Mengenai takwil dalam al-Qur'an, beliau berkata, "Takwil dalam al-Qur'an membawa makna rujukan... Di kalangan penafsir golongan ahli hadis, takwil dimaknai sebagai tafsir. Al-Marhum Sheikh Ridha juga telah mengambil mana seperti ini, begitu juga Tabari dan seperti beliau tidak membezakan takwil dan tafsir."
Tegas beliau lagi, "Golongan terkemudian, takwil difahami sebagai bertentangan dengan makna zahir, dan sebenarnya takwil dalam makna ini tidak ada sama sekali dalam al-Qur'a. Saya katakan takwil dalam al-Qur'an sama sekali tidak boleh diberikan makna ini jiga tidak pasti akan timbul masalah."
Tambah beliau lagi, sekiranya pemahaman itu diterima, maka tidak ada beza lagi dengan kaum Nasrani, "Sekiranya kita memberikan makna yang bertentangan dengan zahir al-Qur'an, maka kita telah melakukan kerja-kerja Kristian, maka kita tidak dapat lagi memprotesnya."
Sambil menerangkan terdapat kalimah-kalimah yang menceritakan tentang takwil dalam al-Qur'an, beliau berkata, "Tiga perkara awal adalah takwini, manakala empat yang lain adalah tashri'i, praktikalnya merujuk kepada kisah Nabi Allah Khidir (a.s) yang tidak membawa makna takwini di situ, bahkan digelar sebagai tashri'i."
Mengenai isu mimpi, beliau berkata, "Mimpi mempunyai sisi kepalsuan, melainkan dalam peristiwa Nabi Allah Yusuf (a.s), ianya merujuk kepada akar umbi realiti."
Tambah beliau lagi, "Ada di kalangan bangsa mereka golongan pencuri manakala golongan pedangan adalah sedikit. Nasib bangsa ini akan menjadi malang, dan takwil di sini adalah takwini. Al-Qur'an memberikan kabar tentang barzakh, kiamat dan neraka jahannam. Namun bagi kita ini semua bagaikan mimpi. Lafaz-lafaznya kita ambil dari alam material dan ia tidak dapat menunjukkan realitinya."
Sambil menegaskan bahawa takwil dalam sebahagian lafaz mempunyai sisi syariat, beliau berkata, "al-Qur'an berkata, hakikat lafaz ini akan ditentukan dalam alam itu. Dalam dunia ini, alat untuk kita kenal hanyalah lafaz-lafaz tersebut dan ia memberikan manfaat kepada kita di alam tersebut."
Tambah beliau lagi, takwil sekaligus memberikan makna syariat, "Dalam ayat-ayat mutashabihah, takwil mempunyai sisi syariat dan menurut pandangan ahli tafsir, ayat-ayat yang tidak mempunyai sisi muhakamat dan tidak menzahirkannya, ia dikenali sebagai mutasyabihah yang mana tempat kembali mutasyabihat ialah muhkamat."
Ayatullah Ja'far Subhani menceritakan bahawa kaum musyrikin mempercayai kewujudan sekutu bagi Allah, "Tuhan berkata kepada Iblis, akulah yang menciptakan Adam dan keenggananmu bersujud adalah penghinaan kepadaku."
Beliau yang merupakan ulama terkemuka di kota Qom menegaskan, "Kaum Nasrani menukarkan ayat yang sudah jelas, namun kita menentukan perkara yang tidak tetap dengan menggunakan perkara yang jelas."
Tambah beliau lagi, "Tatkala al-Qur'an berkata, rasikhun fil ilm ialah orang yang dapat masuk campur dalam perkara ini, dan berhak berbicara tentang al-Qur'an. IS telah mencanangkan fitnah dengan salah guna ayat ini."
21 November 2015 - 15:10
News ID: 720850
Salah tafsir boleh mengundang perbuatan jenayah